Sapian Sapari

Truly, Sincerely Me
Ads

Buat baik kerana apa?

Biasa kita dengar, “Tak guna kau sembahyang kalau kau buat jahat”. Ataupun, “buat apa kau pakai tudung kalau masih mengumpat”. Yang paling dahsyat saya pernah dengar, “tak pakailah kau tertogang togeng kononnya sembahyang. Tapi kau punya jahat, Tuhan sahaja yang tahu!”

Soalannya ialah, APA, orang jahat tak payah sembahyang ke? Orang jahat tak wajib pakai tudung ke?

Solat ke, tutup aurat sekalipun, semuanya wajib. Dah memang hukum, tetap hukum. Memang pula lumrah manusia ni jahat, suka pada benda-benda yang tak boleh, tetapi benda yang baik dan yang wajib, kenapa bersyarat?

Ada ke kita solat ni, kerana nak menunjuk-nunjuk kita baik? Tentunya tidak. Kita melaksanakan perintah Allah. Bukan kerana kita tak buat jahat, sebab itu kita kena sembahyang. Bukan kerana kita tak minum arak, sebab itu tak payah sembahayang. Dikatakan manusia, semua buat kesilapan. Tak pula dikatakan tak perlu buat perintahNya kalau kita buat jahat.

Pelik bin Ajaib. Kenapa kita sering mempertikaikan tentang perintah Allah sedangkan yang wajib adalah wajib, yang haram, yang makruh, yang harus boleh dan sebagainya, semuanya adalah hukum-hukumnya?

Ada pula yang soalkan tentang, bertudung tapi tak solat? Yang tak bertudung tetapi solat pula bagaimana?

Kita tanyakan kembali. Kenapa mesti soal? Tudung tu wajib, bukan pasal nak menunjuk nunjuk. Solat pun sama. Kita doakanlah, mudah-mudahan kedua-dua golongan ni dapat hidayah, agar tidak meninggalkan salah satu. Dua-dua kita nak.

Semua orang wajib solat dan bertudung. Yang tidak wajib tu, buat jahatnya lah. Mengumpatnya, berjudinya, minum araknya, beli nombornya, sombongnya, dan sebagainya. Mudah-mudahan bila melakukan sesuatu yang baik, ada ganjarannya. Mudah-mudahan juga, dapatlah hidayah dari satu peringkat ke satu peringkat.

Yang patut kita perihatin, ialah mereka yang tak solat, tak bertudung, melakukan maksiat dan segala kejahatan melainkan perintah-perintah Allah. Bila kata begini, ada pula yang katakan, “Eh! Ada orang yang tak sembahyang tu, lebih baik dari orang yang sembahyang apa?”

Nah, lagi-lagi disoalkan tentang sembahyang. Sembahyang itukan wajib. Bukan menunjukkan orang itu baik atau tidak. Yang dia baik sekalipun tak ikut perintah Allah tu kenapa? Kita doakanlah, yang solat pun baik, dan yang baik tu dia solat.

Pakai tudung jadi stereo type. Yang bertudung jadi “Hajah”. Yang solat jadi “wali”. Yang syaitan jadi iblis, yang iblis jadi Dajjal.

“Dia punya sukalah!!! Dia punya kubur dia jawab, kubur kau, kau jawab!”

Ini dah jadi bab lain. Kita semua tahu, kita bertanggung jawab dan akan dipersoalkan. Ada yang main tarik-tarik nanti.

Sedihkan?

Nak jadi jahat senang. Nak jadi baik, itulah dugaannya.

Nak tunjuk-tunjuk mudah. Nak ikhlaskan diri, itu yang payah.

Post Metadata

Date
February 23rd, 2009

Author
admin

Category

Tags

6 to “Buat baik kerana apa?”


  1. kak eena says:

    insyaAllah zan kalau manusia berilmu serta beramal segala yg disebutkan oleh zan tak kan jadi issue… segala yg kita lakukan ikhlas mahu pun tidak hanya Allah swt yg maha mengetahui.

    nice post zan :)

  2. kak eena says:

    lagi satu walau pun mulut kita kata ikhlas tapi kalau ada segelintir2 yg mengganggu perkara yg ikhlas akan menjadi riak :(..

  3. kin says:

    wow! i like this! so true. *two thumbs up!* =)

  4. Beelaaa says:

    Haha, tahu takper. Banyak orang sering cakap macam tu. Kadang2, yang jahatlah yang selalu sembahyang. Yang budak2 “normal” pulak, belum tentu dia sembahyang. I like this post, sunggoh true.

    Take care Abang Zan.

  5. Bakal ahli kubur says:

    “Dia punya sukalah!!! Dia punya kubur dia jawab, kubur kau, kau jawab!”

    Memang dia punya kubur dia jawab, yang kita tak nak kubur dia berjiran dengan kita. Kita nak relak dalam kubur pun tak senang asyik dengar dia terpekik terlolong kena siksa kubur.

  6. encik salim says:

    Baik buruk perbuatan seseorang itu ada hikmah kalau semuanya nak jadi
    baik siapa pula nak jadi jahat,sebenarnya Zan bukan hak kita untuk menilai apapun amalam seseorang insan itu samaada dia sembahyang dia bertudung atau tidak bukanlah budaya kita untuk persoalkannya adalah lebih baik untuk kita tidak putus-putus mengingatkan hati kita agar sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri kita sendiri dan kebaikan untuk orang lain ,sesungguhnya bukan luaran mu yang aku lihat tetapi lebih pada hati mu maka jika bersih dalaman mu nescaya akan terpacar jua luaran yang indah.waullahuallam amin



Leave a Reply