Sapian Sapari

Truly, Sincerely Me
Ads

Apakah kini kesannya sebagai DJ Sambilan?

Salah satu tugas gantian waktu malam

Sebagai pemandu sambilan, abang-abang teksi kita tentu akan menjelaskan tentang tanggung jawab yang berbeza berbanding dengan sepenuh masa. Khidmat beliau juga diperlukan bagi membolehkan pemilik teksi atau penyewa utama berehat dan memastikan duit sewanya ditanggung.

Begitulah istilah dan penjelasan apabila saya disoal tentang peranan saya sekarang setelah tidak meneruskan kontrak saya buat tahun yang keempat pada bulan februari yang lalu.

Banyak perbedaannya namun tugas dan peranan penyampai tidak berubah. Kini sebagai “penganti”, saya dapat tumpukan kepada tugasan 4jam berbanding 8-14jam semasa sebagai pekerja kontrak. Hanya di udara saja dan kurangnya atau tiada tugasan terus dibalik tabir.

Selesa atau tidak, juga dapat disamakan dengan pemandu teksi sambilan. Seolah-olah meminjam kereta orang, haruslah ikut cara pemandu asal. Bagaimana untuk menjaganya, tidak boleh suka-suka menghias atau mengubah coraknya, kerana kita si-sementara. Harus menghormati tuan rumahnya. Begitu juga dengan mengantikan segmen atau ruangan dj sepenuh masa. Tidak boleh mengikut idea dan cara tersendiri kerana kita hanya mengantikan sementara sahaja.

Yang menyenangkan, tentunya para pendengar. Dapat membuat si petugas rasa tenang dan mudah menjalankan tugas mereka. Sehinggakan, si sambilan tidak terasa yang teksi yang dibawa itu adalah teksi orang lain lantas tidak kaku memandunya. Para penumpanglah yang membuat si pemandu selesa.

Sebagai seorang dj sambilan, sudah tentu berpeluang untuk berpindah-pindah antara beberapa rancangan. Lain padang, lain belalang. Semasa saya memegang ruangan malam, saya tidak tahu cara-cara pekerjaan masa-masa lain, contohnya, waktu maghrib dan isyak. Peranannya lebih mencabar.

Yang penting, selagi ada yang meminta, selagi tiada aduan, selagi masih diperlukan, selagi ada kemahuan dan keinginan, dan yang bersangkutan, Zan Sofiyan masih wujud di udara warna, walau hanya dj sambilan.

Post Metadata

Date
November 16th, 2010

Author
admin

Category

Tags

1 to “Apakah kini kesannya sebagai DJ Sambilan?”


  1. abdul salim says:

    apapun peranan yang anda pegang,saya yakin para pendengar setia warna seperti saya tidak pernah merasakan yang anda sebagai dj sambilan,kerana saya yakin yang para pendengar warna terasa amat terhibur dengan cara dan gaya anda yang telah dikenali,sebelum anda menjadi dj sambilan,saya yakin anda akan sentiasa diberi peluang untuk keudara kerana anda memang berbakat,seperti mana yang semua pendengar ketahui akan dj malik zainal yang telah bertugas dengan baik untuk hampir sekian lama,yang saya amat khuatiri ialah jika anda yang tak minat lagi dengan warna,mudah-mudahan allah akan terus gerak hati anda untuk terus bersama warna dan ketua stesen warna akan terus mengundang anda seberapa lama yang anda boleh,saya sentiasa mendoakan agar anda terus cekal dan tabah untuk terus bertugas sabagai dj sambilan kerana saya yakin ramai pendengar sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda di warna dan rindukan anda.salam zan



Leave a Reply