Sapian Sapari

Truly, Sincerely Me
Ads

Kenapa akhirnya Zan Sofiyan jual buku?

From Cat Stevens to Yusuf Islam

Tak ramai orang minat membaca. Saya diantaranya. Saya lebih gemar menonton tv kerana lebih mudah dan cepat untuk menghabiskan sesuatu bahan atau rancangan. Namun demikian, buku-buku mempunyai kelebihan yang tv tidak ada. Untuk rujukan sebagai contoh, buku merupakan alat yang lebih sesuai berbanding tv yang memerlukan alat elektronic yang besar.

Tak perlu dinafikan, penguasaan bahasa kita turut dapat diperbaiki dengan membaca. Bila kita sering melihat perkataan dan bahasa yang ada kalanya mencabar, kita akan juga cuba merujuk kepada kamus untuk mendapatkan maknanya yang jitu. Dari membaca saja, bukan saja kita perolehi ilmu dari apa yang ingin disampaikan, malah, kita juga dapat berbahas dengan akal dan fikiran kita tentang apa yang telah dibaca, atau cuba menyelidiki dan membuat pemeriksaan untuk mendapatkan kepastian tentang kesahihan kandungan si penulis, jika ia merupakan buku fakta.

Bagi Yusuf Islam pula, biografi sebegini, dapat menentukan lebih baik lagi tentang fahaman kita. Kita sering dengar tentang Michael Jackson masuk islam, Princess Diana dibunuh kerana menganuti islam, Neil Armstrong menganuti Islam kerana terdengar azan di bulan, namun, tidak ada pengesahan langsung. Bagi Cats Steven pula, seperti dalam rancangan Bio di tv, beliau sendiri mengesahkannya, dan menceritakan tentang bagaimana beliau menerima hidayah hingga “menjadi sebegini”.

Kenapa saya memilih untuk menjual buku? Mungkin saya tidak terdaya untuk membaca sebanyak mungkin, tetapi seandainya saya menjualkan buku-buku kerohanian, motivasi, keagamaan dan yang lain-lain, saya yakin yang saya dapat berkhidmat untuk orang lain. Ilmu yang orang perolehi dari bacaan atau bahan yang dibeli dari saya, saya dapat kepuasan yang teramat, walaupun hanya segelintir yang bakal membelinya.

Sengaja saya memilih MLM kerana ingin membuktikan adanya MLM yang mengikut syariat dan cara Islam. Walaupun ini merupakan satu tentangan hebat dan pencanggahan pendapat terhadap anggota MLM selama ini, iaitu sebuah Multi Level Markerting, namun, saya benar-benar meminati cara perniagaan ini yang mengikuti syariah. Belum pernah saya terjumpa dengan mana-mana MLM di Singapura, yang mengikuti syariah agama. Yang saya utamakan, adalah produk demi kebaikannya. Apa yang saya marahkan tentang MLM lain, saya tidak akan amalkan (tidak boleh pun) dan saya akan memberi tumpuan yang lebih kepada penjualan buku-buku.

Salah satu yang menarik minat saya adalah, harga-harga di kedai buku alam maya ini, semuanya dalam matawang RM. Kalau di kedai buku Singapura dah menjadi lebih mahal. Contohnya, buku Yusuf Islam di atas jika dibeli dariĀ e-kedai saya hanya berharga RM20. Agak-agak kedai buku di sini berapa?

From Cat Stevens to Yusuf Islam

Post Metadata

Date
December 4th, 2010

Author
admin

Category

Tags

Leave a Reply