Sapian Sapari

Truly, Sincerely Me
Ads

Ingin Kedai Buku Anda Sendiri?




kedai buku di alam maya
Siapa sangka, dengan harga serendah 90RM atau angaran S$38, boleh berniaga secara online, mematuhi syariah dan tidak perlu membuat pembelian lain.

Biasanya, kita dengar tentang MLM hanya setelah kita meninggalkan satu “seminar” dengan telinga yang panas, mulut yang membebel, hati yang bingit kerana terperangkap oleh kata-kata teman, kononnya syarahan atau seminar tentang sesuatu produk, atau ceramah ilmu. Mereka tidak akan mengaku lagi, itu MLM atau Multi Level Marketing, atau pemasaran bertingkat. Ada yang gelar, Network Franchising, Network Marketing, Internet Network Marketing, dan apa-apa lagi lah. Yang peliknya, semua masih sibuk nak jual downline lebih dari produk-produk mereka. Jual orang ke jual barang? Tapi kenapa takut nak sebut MLM? Tak ikut syariah lah tu…

Mujur kini sudah ada asatizah yang peduli tentang perniagaan MLM ini, langsung menjadi panel syariah. Mereka adalah Ustaz Zahazan dan Ustaz Zaharudin. Tugas mereka untuk semak dan memastikan tiada yang haram dan tiada yang bercanggah dengan syariah. Mereka tidak mempunyai downline ataupun menyeryai rangkaian Stormreaders, tetapi tugas mereka hanya sebagai panel syariah di Stormreaders. Belum pernah pula saya dengar tentang Multi Level Marketing yang dijaga oleh asatizah tetapi banyak yang saya tahu, mereka adalah downline atau ahli kepada yang lain. Itu tidak bererti ia halal. Mereka mesti melihat, mengawal dari atas lagi, sumber dan jalan perniagaan, sistem dan urus niaganya, kesemuanya disahkan dari permulaan perniagaan dan bukan setakat dari bawahan saja. Nak kena yakin, bila-bila lagi ada orang yang arif memastikan syarikat itu mengikuti, mematuhi dan memilih islam sebagai hukum untuk perniagaan. Stormreaders dimiliki oleh orang yang mengamalkan islam.

Tidak ramai orang akan memilih yang halal dan tak ramai pula yang peduli tentang sumber pendapatan mereka. Sebagai contoh, 2 ekor ayam yang telah digoreng, kemudian dijual. Seekor halal, lagi satu tidak. Tapi kedua-duanya sama hingga tidak dapat dibezakan. Yang menjual seharusnya bertanggung jawab untuk memastikan semuanya halal. Biar orang lain yang buat kerja haram tetapi jangan pula kita yang melakukannya.

Kedai online yang menjual buku-buku keagamaan, kerohanian, motivasi, panduan, keislaman, sejarah, kanak-kanak dan banyak lagi, memudahkan anda untuk berniaga.

90rm setahun sahaja, ada akan diberi laman kedai buku anda sendiri, dan setiap pembelian dari laman anda, anda akan menerima 20% komisyen. Tapi jika anda seorang yang minat membaca, anggaplah 20% itu sebagai diskaun kerana anda membelinya untuk diri sendiri.

Lebih dari 500 jodol buku, cd, vcd, dvd san bermacam lagi, semuanya dalam matawang Ringgit Malaysia. Berbaloi! Kenalkan laman kedai buku anda pada kenalan di facebook misalnya, berkemungkinan besar anda akan kenal dengan orang yang minat membaca.

Yang penting juga, ilmu yang dibaca pembaca, yakinlah, anda juga dapat ganjarannya.

Jika anda terpanggil untuk berdakwah sambil berniaga yang berkat, tanyalah saya :)

Post Metadata

Date
February 21st, 2011

Author
admin

Category

Leave a Reply