Sapian Sapari

Truly, Sincerely Me
Ads

Lain di masjid, lain di luar

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Banyak orang berselawat, ramai orang bersedekah dan semua mengejar kebaikan, mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Mujur, masjid, setiap Jumaat, dipenuhi. Sehinggakan, perlunya dibentangkan tikar dikawasan luar masjid atau iktikaf agar orang yang lambat tiba dapat mengejarkan 2 rakaat dipenghujung khutbah kedua.

Bayangkanlah, setiap waktu fardhu sepenuh Jumaat, atau lebih baik lagi, sepenuh hari raya. Alangkah indahnya.

Di masjidlah kita dapat dengar sesama muslim mengucapkan salam, kita dapat lihat sesama muslim bersalaman dan saling senyum dan membalas senyuman.

Perbezaan dapat dilihat semasa ingin memulakan solat. Tidak semua yang perihatin tentang meluruskan saf, merapatkan saf hingga cecahnya bahu ke bahu, yang telah kita diberitahu berulang kali, ia dapat menyatukan hati kita yang sebaris. Perpaduan. Difahamkan juga, Allah s.w.t. tidak memandang saf yang bengkok. Ruginya kita berjemaah.

Saling bersalaman setelah duduk, setelah salam selesainya solat, salam bersalaman tidak henti-henti bak perkara yang wajib. Kenapa? Baguslah kalau bertujuan untuk memperbaiki tali silaturahim. Syukur.

Pelik pula apabila telah melangkahkan kaki keluar masjid. Senyumnya hilang. Salamannya luput. Berpusu-pusu mencari selipar dan tikar yang awalnya disujud ditinggalkan berselerakan bagaikan menanti amah Filipin datang menggulungkan kembali. Masuk kedalam kenderaan pula dan berlumba-lumba untuk keluar dahulu. Yang menaiki kenderaan awam, berebutan untuk menaiki secepat mungkin.

Yang paling sedih, orang yang bersalaman, senyum dan mengucapkan doa sejahtera dengan lafaz assalammualaikum, tidak melakukan perkara yang sama semasa di masjid.

Soalannya, adakah itu orang itu kita?

Post Metadata

Date
March 18th, 2011

Author
admin

Category

Tags

1 to “Lain di masjid, lain di luar”


  1. Wan says:

    …lagipun hari jumaat pun hari bekerja diSingapura…ada sesatengah majikan faham…ada sesatengah x memahami kewajiban seorang Muslim..so most important kita bersangka baik sesama Islam agar terjaga sirratul rahmi



Leave a Reply