Sapian Sapari

Truly, Sincerely Me
Ads

Kawan ke Lawan?

Memories of the show


Sebaik-baik teman, adalah teman yang menjauhkan diri dari teman-temannya, apabila dia susah dan sebaliknya, apabila dia senang pula, dia mencari teman-temannya untuk berkongsi kesenangannya. DImasa yang sama, teman yang baik akan mencari temannya yang sedang dalam kesusahan dan akan menjauhkan dirinya apabila mengetahui temannya dalam kesenangan. Menjauhkan diri bila mengetahui temannya senang, untuk memberi ruang keselesaan dan menghidari dari menumpang kesenangan temannya itu.

Hanya segelintir golongan manusia yang suka hidup tanpa teman. Ada pepatah ingeris yang mengatakan tentang bila memerlukan pertolongan, dia lah sebaik-baik teman. Tidak dapat dinafikan bahawa, sering kita memerlukan pertolongan orang lain dalam banyak urusan. Yang membezakan seseorang itu sebagai teman baik atau sejati, adalah, dalam keadaan susah dan senang.

Bagi yang suka berteman, ia merupakan sesuatu perkara yang sukar untuk di cari. Perbedaan antara teman sekerja, teman sekolah dan teman seperjuangan mahupun teman sejak kecil, semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kadang kalanya, teman yang baru kenal seminit lamanya, adalah yang terbaik diantara semua. Sebab itulah, kita tidak boleh henti berkawan.

Sering juga kita kecewa dengan orang yang kita anggap sahabat. Tak kala kita berkorban buatnya, membantu diluar kemampuan kita, mengongsi ilmu dan pengetahuan setiap apa yang kita tahu, dan segala usaha-usaha buat mereka, akhirnya, kita menjadi pesaing bagi mereka. Seolah-olah diperalatkan dan dipergunakan. Walaupun kita tidak melafaskan kekesalan, tetapi dalam keikhlasan persahabatan dan pertolongan yang kita lakukan, sedikit sebanyak terkesan dengan kesudahan persahabatan itu.

Inilah diantara contoh bagi kawan sekerja. Istilah “colleagues” dan “friends” bagi bahasa ingeris itu, jelas membezakan kedua-duanya. Mungkin kita ikhlas ingin membantu teman yang baru bekerja umpamanya, kita ingin mereka menjadi sebaik mungkin dan kita mencurahkan segala ilmu pengetahuan, fahaman dan pertolongan bagi menjadikan dia pekerja yang berjaya, sekurang-kurangnya sebaik kita. Walaupun itu bukan satu tanggungjawab pekerjaan kita, tetap diusahakan demi kasihan terhadap sang teman yang baru mula bekerja. Tetapi kita terlupa. Dalam dunia pekerjaan, setiap orang mempunyai sasaran mereka sendiri. Mereka sering menerima apa saja yang diberi dengan terbuka. Akhirnya, pertandingan dunia pekerjaan menjadi keutamaan dan raja bagi segala-galanya. Sahabat kemana, kawan kemana, “aku lebih handal dari kau!” Kawan kini menjadi lawan.

Biarlah orang itu bertanding dengan egonya sendiri. Tak perlu risau tentang kata-kata orang lama, “Tok guru ada 10 ilmu, jangan diajar semua. Simpan 1 untuk kekal berpangkat guru”.
Ilmu itu luas. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak lagi akan kita nimba. Tak perlu risau tentang menjadi kering dari ilmu kalau kita senantiasa dahagakan ilmu. Bab kawan yang menjadi lawan, tak usahlah dihukum. Seandainya mereka berjaya, biar Allah swt sahaja yang tahu iaitu diantara sebab bagaimana dia berjaya. Ucapkanlah syabas kepada diri sendiri, kerana telah berjaya menjayakan orang lain. Dalam senyap.

Setiap kali “anak murid” kita berjaya, kita akan berganda-ganda lagi berjaya. Yakinlah!

Post Metadata

Date
October 18th, 2010

Author
admin

Category

Tags

Leave a Reply